Dengan nama Allah yg Maha Pengasih Maha Penyayang..
Yang membenarkan lagi jari jemari ini menekan di papan kekunci..
Menaip dan menyampaikan cetusan minda yang datang..
Menyampaikan kata ingat mengingati..
Terlintas difikiran ketika melihat di laman "mukabuku", rakan dan kenalan yang berkongsi akan pelbagai perkara. Pelbagai dikongsikan, pelbagai maklumat, berita dalam mahupun luar negara, politik malaysia mahupun antarabangsa, falsafah, falsampah, mahupun ilmu agama. Pelbagai yang dirasakan menarik dikongsikan. Dengan harapan dapat bersama merenung, memikir, memmbuka minda. ehh.. Apa yang aku karut kan di pagi hari ni, terlebih pula kata mukadimah, terlari dari landasan..
Perkara ni agak lapuk, bukan baru, seperti jua iklan syampu yang diulang-ulang namun misi nya tetap sama, menjual syampu yang berjenama. Bukan hendak bercerita tentang syampu, tapi tentang maklumat yang kita kongsikan, di alam maya seperti "mukabuku", mahupun di alam nyata seperti warung pak abu.
Masihkah kita ingat, atau penahkah kita dengar akan surat berantai? Surat nya pada awal kelihatan seperti menyampaikan pesanan baik namun akhir nya menyuruh orang membuat pelik. Di katakan akan terkena bala, atau dapat rezeki yang tak diduga duga. Oleh kerana isinya tentang agama, maka ramai menyampaikannya. Tanpa usul periksa, tanpa bertanya betul atau tidak kandungan nya. Tanpa sedar membuat dosa. Alangkah ruginya, tanpa sedar tersyirik pula.
Begitu juga akan maklumat lain, yang berkaitan agama mahupun tidak, sering kita lihat, dengar mahupun antara sedar. Dikongsikan hanya setelah didengar dari seseorang, atau dibaca dari satu laman sesawang. Sering ada di kalangan kita mengambil pendekatan dengar dan percaya, nak jadi seperti Abu Bakar sahabat Rasulullah, percaya dan mengiya segala kata baginda. tapi terlupa, Nabi itu siapa, orang lain itu siapa. Lain sungguh, sangat berbeza. sSedangkan ulama juga ada pernah silapnya, inikan pula manusia biasa.
Dalam islam, kita di ajar menyampaikan perkara yang benar. yang diyakini sahih dan benar. Bukan menyampaikan tanpa periksa. Andai maklumat disampaikan itu tidak melibatkan manusia lain, tidak sangat menjadi masalah. tetapi kalau maklumat itu melibat kan agama, risau nanti terkena MLM dosa. Tapi andai berkaitan manusia lainnya, andai salah, tidak kah fitnah namanya?
Memang patut dikatakan, fitnah berleluasa di akhir zaman..
Jadi berhati-hati dalam menyampaikan, jagan apa yang kita kongsikan menghantui kita dimasa hadapan, atau lebih teruk di hadapan Tuhan..
ehhhhh... apa saja yang aku katakan ni.. segala salah ku susun sepuluh jari, harap dimaafi.. (^_^)
Apa Sahaja Bicara Yang Terlintas Di Minda Dan Tergerak Untuk Aku Mengarangnya.
Showing posts with label lembut kata. Show all posts
Showing posts with label lembut kata. Show all posts
Saturday, June 2, 2012
Monday, March 19, 2012
#1
dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang..
cukup mukadimah.. kalau diikutkan mahu saja bermukadimah sepanjang-panjang yang termampu jejari menaip.. hehe
dalam ada masa yang kita menasihat, atau menyampaikan nasihat.. kadang terlupa menjaga kata kita ni kan.. termasuklah diri ini, jadi harap diampunkan andai ada salah kata yang mengguris atau terkesan di hati, tidak sengaja tu, hehe..
berbalik kepada persoalan(ceh.. persoalan konon), ada kalanya, bila ada yang berbuat salah, kita segera menegur, tetapi menegur pula tanpa sedar mengguris perasaan yang ditegur.."salah ni!" "tak boleh begini!", kasar bunyinya kn..
niat tu dah betul, bagus.. lagi bagus kalau menggunakan kata-kata yang baik, lemah lembut dan cukup sopan.. chewahh!! haha.. bak kata pepatah melayu, "tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak", hehe..
tak faham? hehe.. secara ringkasnya pepatah tu dalam menasihat ni; apa yang nak dinasihat sampai, orang yang dinasihat tak melenting.. kiranya kita nasihat, dia tidak marah kita balik, kalau dia tak dapat terima pun apa boleh buat.. tak kan nak marah pula kan, hehe..
"lidah itu lebih tajam dari mata pedang"
barangkali ramai yang pernah mendengar akan kata-kata tersebut kan. mata pedang yg menusuk, selalunya melukakan, mengalirkan darah. tapi kata-kata dari lidah yang menusuk, tidak berbekas, tak ternampak, tapi sakitnya...bagai berbilah-bilah pedang, pisau dan duri menyucuk-nyucuk, dan menghiris-hiris, tak berdarah tapi cukup merubah darah.kesannya ada masa hingga ke hujung nyawa.cukup mukadimah.. kalau diikutkan mahu saja bermukadimah sepanjang-panjang yang termampu jejari menaip.. hehe
dalam ada masa yang kita menasihat, atau menyampaikan nasihat.. kadang terlupa menjaga kata kita ni kan.. termasuklah diri ini, jadi harap diampunkan andai ada salah kata yang mengguris atau terkesan di hati, tidak sengaja tu, hehe..
berbalik kepada persoalan(ceh.. persoalan konon), ada kalanya, bila ada yang berbuat salah, kita segera menegur, tetapi menegur pula tanpa sedar mengguris perasaan yang ditegur.."salah ni!" "tak boleh begini!", kasar bunyinya kn..
niat tu dah betul, bagus.. lagi bagus kalau menggunakan kata-kata yang baik, lemah lembut dan cukup sopan.. chewahh!! haha.. bak kata pepatah melayu, "tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak", hehe..
tak faham? hehe.. secara ringkasnya pepatah tu dalam menasihat ni; apa yang nak dinasihat sampai, orang yang dinasihat tak melenting.. kiranya kita nasihat, dia tidak marah kita balik, kalau dia tak dapat terima pun apa boleh buat.. tak kan nak marah pula kan, hehe..
"kata-kata yang kasar mampu mengeraskan hati selembut sutera,
kata-kata yang lembut pula mampu melembutkan hati sekeras batu"
Subscribe to:
Posts (Atom)