Monday, March 19, 2012

#1

dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang..

"lidah itu lebih tajam dari mata pedang"
barangkali ramai yang pernah mendengar akan kata-kata tersebut kan. mata pedang yg menusuk, selalunya melukakan, mengalirkan darah. tapi kata-kata dari lidah yang menusuk, tidak berbekas, tak ternampak, tapi sakitnya...bagai berbilah-bilah pedang, pisau dan duri menyucuk-nyucuk, dan menghiris-hiris, tak berdarah tapi cukup merubah darah.kesannya ada masa hingga ke hujung nyawa.

cukup mukadimah.. kalau diikutkan mahu saja bermukadimah sepanjang-panjang yang termampu jejari menaip.. hehe

dalam ada masa yang kita menasihat, atau menyampaikan nasihat.. kadang terlupa menjaga kata kita ni kan.. termasuklah diri ini, jadi harap diampunkan andai ada salah kata yang mengguris atau terkesan di hati, tidak sengaja tu, hehe..

berbalik kepada persoalan(ceh.. persoalan konon), ada kalanya, bila ada yang berbuat salah, kita segera menegur, tetapi menegur pula tanpa sedar mengguris perasaan yang ditegur.."salah ni!" "tak boleh begini!", kasar bunyinya kn..

niat tu dah betul, bagus.. lagi bagus kalau menggunakan kata-kata yang baik, lemah lembut dan cukup sopan.. chewahh!! haha.. bak kata pepatah melayu, "tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak", hehe..

tak faham? hehe.. secara ringkasnya pepatah tu dalam menasihat ni; apa yang nak dinasihat sampai, orang yang dinasihat tak melenting.. kiranya kita nasihat, dia tidak marah kita balik, kalau dia tak dapat terima pun apa boleh buat.. tak kan nak marah pula kan, hehe..

"kata-kata yang kasar mampu mengeraskan hati selembut sutera,
kata-kata yang lembut pula mampu melembutkan hati sekeras batu"

No comments:

Post a Comment