Monday, July 16, 2012

#3 rezeki.. Allah jua yang tentukan..

Assalammualaikum..
Dengan nama Allah Yang Maha Kaya, Maha Adil, Maha Bijaksana..

Ya Allah, saat ku rasa resah ini,
sedar betapa kerdilnya diri,
aku sedar lemahnya imanku,
betapa tidak sempurnanya imanku,
bantu aku ya Allah,
bantu aku dalam perjalanan ku ini..

rasa gementar juga esok nak temuduga.. hehe..
apa-apa pun rasa tak cukup sedia lagi..
adesss... haha..

senjata telah tersedia,
biar tajam membelah permata,
tak diasah berkarat jua,
musuh didepan kita binasa.. haha

sedang bersemangat, tiba-tiba terganggu pula. ada rakan sekerja bertanya, kekosongan berapa, aku jawap satu sahaja. jawap nya "ohhh, buat syarat sahaja, mungkin sudah ada calon tersedia." hampa pula rasa, harap bukan seperti yang dikata. kesian pada yang berusaha. harapan tinggi menggunung , rupanya sudah ada punghuni menanti.. hehe.. apa-apa pun, akan aku lakukan yang terbaik! oyeahhhh!!

wahai manusia-manusia yang risau dan gundah! jangan kau risau kerana rezk Allah ada untukmu!

Ya Allah, Engkau lah Yang Maha Adil,
Milikmu segala di langit dan bumi,
Penentu segalanya pada ku,
Sesungguhnya rezki ku ketentuan Engkau,
Andai Engkau tentukan rezkiku,
Tiada pun yang mampu menghalangnya..
Begitu jua sebaliknya,
Ku pohon pada Engkau ya Allah,
Duhai Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..